Sunday, 18 December 2011

minggu terakhir seorang pelajar..

cepat benar rasanya masa berlalu.pejam celik pejam celik sudah minggu ke-14, minggu terakhir untuk menghantar tugasan.walaupun sudah masuk minggu terakhir tapi masih ada lagi tugasan yang belum dibereskan..inilah bahananya membuat tugasan di saat akhir.mahu merungut tak boleh sebab salah diri sendiri.dan untuk minggu lepas juga, tugasan cerpen penulisan kreatif dah selamat dihantar.lega rasanya walaupun risau sama ada cerpen tersebut memenuhi kehendak pensyarah atau tidak.apa-apa pun diri ini tetap mengharapkan yang terbaik.optimis itu penting!


Friday, 16 December 2011

jalan-jalan cari makan

Genting kota keriangan..walaupun diri ini sibuk dengan tugasan, tapi masih lagi  berkesempatan untuk pergi berlibur bersama-sama teman yang lain..sambil jalan-jalan sambil itu juga mencari idea..melihat pelbagai karenah dan ragam manusia di tempat yang tidak pernah sunyi dikunjungi orang ramai..aku tercari-cari juga jika ada dikalangan manusia di situ yang mempunyai aroma seperti roti dibakar..ah,aku senyum sendirian..


hujan oh hujan

sejak kebelakangan ini, hujan sentiasa turun..langit yang cerah pada waktu pagi dan tengah hari akan bertukar gelap pada waktu petangnya.hujan lebat di luar turut memberi kesan pada 'mood' diri ini pada hari tersebut..terasa sifat malas menguasai diri namun tidak berpanjangan apabila melihat lambakan kerja yang belum disiapkan lagi.dengan berfikiran positif bahawa hujan itu rahmat dariNya, laptop dibuka dan jari jemari terus menari di papan kekunci sambil ditemani encik hujan di luar.


 

pengurusan emosi

menguruskan emosi bukan mudah tambahan pula kita berhadapan dengan 1000 macam gelagat dan karenah manusia di sekeliling kita.bercakap memang mudah berdasarkan teori yang diberi tetapi praktikalnya amat sukar sekali jika ianya bersangkut paut dengan emosi orang lain..peka dan sensitif pada persekitaran anda, itu kata kuncinya.emosi yang stabil akan membuatkan hidup anda lebih bahagia..^ ^

suara hati..

suara hati sering mengatakan, bapanya tidak wujud dan dia memang ditakdirkan tidak mengenali siapa bapanya..redha?pasrah?dia sudah tidak kisah asalkan ibunya sentiasa di sisi.membesar tanpa seorang bapa membuatkan dirinya kuat dan cekal menempuh hari-hari yang mendatang yang pastinya penuh cabaran..suara hati kadang-kala menyebut dan memanggil dirinya untuk mencari sang bapa tapi dia tidak pernah ambil pusing suara hati tersebut..

pencarian...

seorang anak yang tidak pernah menemui bapanya, tidak pernah terdetik ingin mencari sang bapa sehinggalah hari itu tiba..dibesarkan oleh ibu tersayang, dirasakan hidup ini sudah lengkap tanpa kehadiran seorang lelaki dipanggil bapa..Bapa???asing sekali perkataan itu bagi dirinya berbanding nama-nama roti yang dihafal setiap hari..semuanya berubah apabila seorang kenalan ibunya mencadangkan agar dirinya pergi mencari bapanya itu dengan hanya berbekalkan klu bahawa lelaki yang dipanggil bapa itu mempunyai aroma seperti roti yang sedang dibakar..gila,ini memang kerja gila..namun,pencarian tetap dimulakan walaupun kehendak hati berbelah bagi..

Sunday, 2 October 2011

Alhamdulillah sebuah buku yang baru dibeli untuk tugasanku telah habis dibaca..KUALA DUA judul buku itu..sebuah novel hasil tulisan Ali Jusoh ini berlatarkan masyarakat yang tinggal di tepi pantai..menarik sekali kerana novel ini mengangkat tema 'puja pantai' yang menjadi amalan masyarakat di Kampung Setiu..satu maklumat yang baru bagi sesiapa yang tidak mengetahui apa itu amalan 'puja pantai'..bagiku novel ini amat dekat dengan diriku walaupun aku bukanlah berasal dari tempat yang berhampiran pantai tetapi kerana ianya mengetengahkan kisah kehidupan masyarakat sehari-hari..

Friday, 30 September 2011

Salah satu roti yang menjadi kegemaranku tidak kira di waktu pagi atau petang ialah roti croissant..amboi berbelit-belit lidah nak sebut, maklumlah asalnya dari bahasa perancis..terus terang ku katakan,sehingga saat ini aku tidak pernah mencuba membuat roti ini..(tahu makan je..hehehe..)..jadi dikesempatan ini aku sertakan resepi membuat roti croissant bagi mereka yang berminat untuk mencubanya.. ( ^_^ )

Bahan-bahan ( 10-12 biji )

  • 500gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, gula, garam, yeast & susu ke dalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Dah siap pukul, tabur2kan tepung sikit (dust), cantik2kan doh tu sikit & biarkan dia naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.
  2. P1010001
    Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & tutup dia atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & lepas tu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun takper..Lepas tu simpan mentega tu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jgn sampai terkeras sangat pulak mentega ni nanti, agak2..) butter ni saya lenyek panjang sangat..kalau u all buat, pendekkan sikit
  3. P1010002_1_
    Bila doh dah ready..kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (mcm kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pasti kan doh cover kesemua butter yag kat dalam tuu.
  4. 04042007_001_
    Bila dah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ni..pastikan lipatan yang bertemu mula2 tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Keluarkan dari fridge, canai lagi mcm proses no 3, dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit..keluarkan dan ulang lagi proses yang sama..dan kali ni..simpan overnite dalam fridge.
  6. 05042007
    Bila nak mula shaping..keluarkan dari fridge..dah belah dua doh seperti dalam gambar.
  7. 05042007_002_
    Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.
  8. 05042007_003_
    Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).
  9. p/s - Resepi ni banyak guna tepung utk dusting, specially masa nak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita kita chill it dalam fridge. 
 ini la rupanya bila dah siap..selamat mencuba..
Hmm..hari ini hari pertama diriku mengikuti kelas pengenalan pengajian agama-agama di fakulti pengajian Islam..menarik,sungguh menarik bagi ku kerana dapat mempelajari satu ilmu baru..malah lebih mendalami dan memahami agama-agama lain di dunia ini. satu yang membuatkan diriku tersedar ialah betapa beruntungnya aku dilahirkan dalam agama Islam dan berharap Islam itu bukan saja tertera di kad pengenalan diriku tetapi menjadi seorang yang sedar dan patuh kepada suruhanNya..InsyaALLAH..

jika di negara Perancis, roti yang paling popular ialah roti croissant manakala di Britain mereka terkenal dengan roti yang dipanggil scone..walau di mana kita berada, roti merupakan makanan ruji bagi setiap golongan masyarakat..istilah mudah bagi roti ialah sebiji doh yang terdiri daripada gabungan tepung gandum, air dan beberapa bahan tambahan. selalunya doh tersebut akan dibakar tetapi ada juga dikukus..hmmm..kenapa tiba-tiba saja aku menceritakan tentang roti?sudah semestinya apa yang ku ceritakan tadi ada kena mengena dengan cerpen yang bakal aku hasilkan..bagaimana aku mengadunkan kisah roti ini dalam cerpen itu nanti akan aku ceritakan pada entri-entri yang akan datang..
( ^_^ )



setelah sekian lama terperap mencari idea, baru saat ini idea itu datang..dan baru saat ini aku luahkannya dalam bentuk tulisan di blog ini..PENULISAN KREATIF..em satu subjek yang aku akui benar-benar mencabar diriku untuk berusaha menulis sebuah cerpen yang bukan saja sedap dibaca tapi mampu menarik perhatian pensyarahku..tugasannya mudah saja(mudah ke?..) hanya menulis sebuah cerpen yang panjangnya 8-10 muka surat. seperti kata pensyarahku, cerpen tersebut mestilah sebuah cerpen eksperimental..dan tema untuk cerpen itu ialah tentang makanan atau masakan..hampir 3 minggu aku memikirkannya,akhirnya aku memilih jalan cerita yang mengisahkan seorang anak mencari ayahnya yang tidak diketahui kewujudannya tetapi hanya berbekalkan klu bahawa ayahnya mempunyai bau seperti  roti yang sedang dibakar..jalan ceritanya masih diperingkat awal, masih banyak lagi lubang-lubang yang perlu dibaiki..InsyaALLAH dengan tunjuk ajar Dr. Mawar, cerpen ini dapat diolah dengan baik sekaligus dapat memberi kepuasan pada diriku yang menulis buat kali pertama ini..