Friday, 30 September 2011

setelah sekian lama terperap mencari idea, baru saat ini idea itu datang..dan baru saat ini aku luahkannya dalam bentuk tulisan di blog ini..PENULISAN KREATIF..em satu subjek yang aku akui benar-benar mencabar diriku untuk berusaha menulis sebuah cerpen yang bukan saja sedap dibaca tapi mampu menarik perhatian pensyarahku..tugasannya mudah saja(mudah ke?..) hanya menulis sebuah cerpen yang panjangnya 8-10 muka surat. seperti kata pensyarahku, cerpen tersebut mestilah sebuah cerpen eksperimental..dan tema untuk cerpen itu ialah tentang makanan atau masakan..hampir 3 minggu aku memikirkannya,akhirnya aku memilih jalan cerita yang mengisahkan seorang anak mencari ayahnya yang tidak diketahui kewujudannya tetapi hanya berbekalkan klu bahawa ayahnya mempunyai bau seperti  roti yang sedang dibakar..jalan ceritanya masih diperingkat awal, masih banyak lagi lubang-lubang yang perlu dibaiki..InsyaALLAH dengan tunjuk ajar Dr. Mawar, cerpen ini dapat diolah dengan baik sekaligus dapat memberi kepuasan pada diriku yang menulis buat kali pertama ini..

1 comment:

  1. Nuraidil,
    tahniah sudah ada blog yang menarik. tentang roti? banyak yang boleh ditulis. mmm, "ayahnya mempunyai bau seperti roti yang sedang dibakar", heheh, saya tunggu cerpennya!

    ReplyDelete