seorang anak yang tidak pernah menemui bapanya, tidak pernah terdetik ingin mencari sang bapa sehinggalah hari itu tiba..dibesarkan oleh ibu tersayang, dirasakan hidup ini sudah lengkap tanpa kehadiran seorang lelaki dipanggil bapa..Bapa???asing sekali perkataan itu bagi dirinya berbanding nama-nama roti yang dihafal setiap hari..semuanya berubah apabila seorang kenalan ibunya mencadangkan agar dirinya pergi mencari bapanya itu dengan hanya berbekalkan klu bahawa lelaki yang dipanggil bapa itu mempunyai aroma seperti roti yang sedang dibakar..gila,ini memang kerja gila..namun,pencarian tetap dimulakan walaupun kehendak hati berbelah bagi..

No comments:
Post a Comment