Sunday, 18 December 2011

minggu terakhir seorang pelajar..

cepat benar rasanya masa berlalu.pejam celik pejam celik sudah minggu ke-14, minggu terakhir untuk menghantar tugasan.walaupun sudah masuk minggu terakhir tapi masih ada lagi tugasan yang belum dibereskan..inilah bahananya membuat tugasan di saat akhir.mahu merungut tak boleh sebab salah diri sendiri.dan untuk minggu lepas juga, tugasan cerpen penulisan kreatif dah selamat dihantar.lega rasanya walaupun risau sama ada cerpen tersebut memenuhi kehendak pensyarah atau tidak.apa-apa pun diri ini tetap mengharapkan yang terbaik.optimis itu penting!


Friday, 16 December 2011

jalan-jalan cari makan

Genting kota keriangan..walaupun diri ini sibuk dengan tugasan, tapi masih lagi  berkesempatan untuk pergi berlibur bersama-sama teman yang lain..sambil jalan-jalan sambil itu juga mencari idea..melihat pelbagai karenah dan ragam manusia di tempat yang tidak pernah sunyi dikunjungi orang ramai..aku tercari-cari juga jika ada dikalangan manusia di situ yang mempunyai aroma seperti roti dibakar..ah,aku senyum sendirian..


hujan oh hujan

sejak kebelakangan ini, hujan sentiasa turun..langit yang cerah pada waktu pagi dan tengah hari akan bertukar gelap pada waktu petangnya.hujan lebat di luar turut memberi kesan pada 'mood' diri ini pada hari tersebut..terasa sifat malas menguasai diri namun tidak berpanjangan apabila melihat lambakan kerja yang belum disiapkan lagi.dengan berfikiran positif bahawa hujan itu rahmat dariNya, laptop dibuka dan jari jemari terus menari di papan kekunci sambil ditemani encik hujan di luar.


 

pengurusan emosi

menguruskan emosi bukan mudah tambahan pula kita berhadapan dengan 1000 macam gelagat dan karenah manusia di sekeliling kita.bercakap memang mudah berdasarkan teori yang diberi tetapi praktikalnya amat sukar sekali jika ianya bersangkut paut dengan emosi orang lain..peka dan sensitif pada persekitaran anda, itu kata kuncinya.emosi yang stabil akan membuatkan hidup anda lebih bahagia..^ ^

suara hati..

suara hati sering mengatakan, bapanya tidak wujud dan dia memang ditakdirkan tidak mengenali siapa bapanya..redha?pasrah?dia sudah tidak kisah asalkan ibunya sentiasa di sisi.membesar tanpa seorang bapa membuatkan dirinya kuat dan cekal menempuh hari-hari yang mendatang yang pastinya penuh cabaran..suara hati kadang-kala menyebut dan memanggil dirinya untuk mencari sang bapa tapi dia tidak pernah ambil pusing suara hati tersebut..

pencarian...

seorang anak yang tidak pernah menemui bapanya, tidak pernah terdetik ingin mencari sang bapa sehinggalah hari itu tiba..dibesarkan oleh ibu tersayang, dirasakan hidup ini sudah lengkap tanpa kehadiran seorang lelaki dipanggil bapa..Bapa???asing sekali perkataan itu bagi dirinya berbanding nama-nama roti yang dihafal setiap hari..semuanya berubah apabila seorang kenalan ibunya mencadangkan agar dirinya pergi mencari bapanya itu dengan hanya berbekalkan klu bahawa lelaki yang dipanggil bapa itu mempunyai aroma seperti roti yang sedang dibakar..gila,ini memang kerja gila..namun,pencarian tetap dimulakan walaupun kehendak hati berbelah bagi..