Sunday, 2 October 2011

Alhamdulillah sebuah buku yang baru dibeli untuk tugasanku telah habis dibaca..KUALA DUA judul buku itu..sebuah novel hasil tulisan Ali Jusoh ini berlatarkan masyarakat yang tinggal di tepi pantai..menarik sekali kerana novel ini mengangkat tema 'puja pantai' yang menjadi amalan masyarakat di Kampung Setiu..satu maklumat yang baru bagi sesiapa yang tidak mengetahui apa itu amalan 'puja pantai'..bagiku novel ini amat dekat dengan diriku walaupun aku bukanlah berasal dari tempat yang berhampiran pantai tetapi kerana ianya mengetengahkan kisah kehidupan masyarakat sehari-hari..