Friday, 14 September 2012

short sem,bulan ramadan,hari raya & semester baru..

ntah kenapa baru sekarang baru aku teringatkan tentang blog ini..post terakhir ialah pada bulan mac yang lepas,dan bermakna sudah 6 bulan blog ini ditinggalkan dan dibiarkan begitu sahaja..baru malam ini ianya terlintas di kepala otakku untuk melihat kembali blog yang diwujudkan untuk memenuhi tuntutan kursus penulisan kreatif pada 2 semester lepas..
     sepanjang 6 bulan ini pelbagai peristiwa yang berlaku..seperti tajuk di atas, sebaik sahaja semester lepas berakhir aku terus menyambung pengkuliahan di mana aku mengambil semester pendek atau short sem bahasa inggerisnya..mesti pelik kn,orang lain pakat balik kampung,aku masih setia lagi di bumi ilmu ini.keputusan telah diambil malah subjek juga telah didaftar,jadi nak tak nak aku teruskan juga walaupun pada minggu2 awal terasa bosannya..
     ramadan di perantauan..buat kali keduanya aku menyambut ramadan jauh dari keluarga dan kawan2..sedih,sayu,sebak dan pelbagai 1001 perasaaan melanda ketika berpuasa di perantauan..pada waktu itu la aku terkenangkn waktu berbuka dan terawih bersama-sama keluarga di kampung selain juadah berbuka dari air tangan ibuku sendiri..alhamdulillah masih ada kawan2 di sini yang sentiasa menemani walaupun kadang2 rasa sedih itu datang menjengah melihat orang lain dapat berbuka bersama keluarga masing2..ramadan kali ini disambut dengan sederhana sahaja,bersahur secara sederhana dan berbuka ala kadar..dan yang paling penting masih sempat untuk berterawih bersama kawan2..
    hari raya aidilfitri kali ini agak istimewa bagi diriku..kerana raya kali ini salah seorang sahabat baikku telah melangkah ke gerbang perkahwinan malah seorang lagi sudah bertunang..aku gembira kerana mereka sudah bertemu dengan jodoh masing2 tp pada masa yang sama berasa sedih kerana sudah pastinya saat2 kami bersama sebelum ini tidak dapat dinikmati lagi selepas ini..suasana akan berubah tidak sama seperti dulu tp aku yakin semua ini ada lah satu fasa baru yang perlu kami lalui iaitu fasa kedewasaan..masing2 sudah ada hala tuju masing2..lambat laun fasa itu perlu juga aku tempuhi..

    semester baru sudah bermula..semester ini sudah genap 2 tahun aku bergelar seorang mahasiswa dan memasuki tahun terakhir di bumi UKM..bebanan dan tanggungjawab semakin berat..aku berharap kesilapan semester lepas tidak diulangi lagi dan berdoa mampu mengharungi semester ini dengan tabah dan cekal,insyaAllah..


Tuesday, 6 March 2012

salah sendiri..mengapa perlu merungut??

keputusan peperiksaan sudah lama diketahui.agak terkejut,kecewa, dan marah kerana disebabkan satu subjek yang rendah grednya, keputusan keseluruhan sedikit menurun..tapi bila difikirkan semula memang diri ini layak mendapat gred yang rendah memandangkan sikap diri sendiri yang mengambil mudah terhadap subjek tersebut.jadi mengapa perlu merungut?terima dengan hati terbuka dan jangan ulang lagi kesilapan itu. ^_^

semester baru

mungkin entry ini agak lewat memandangkan sudah 3 minggu semester baru bermula..semester kali ini sama saja kesibukannya seperti semester-semester yang lepas..harapan baru bersama semester baru ^_^

Sunday, 18 December 2011

minggu terakhir seorang pelajar..

cepat benar rasanya masa berlalu.pejam celik pejam celik sudah minggu ke-14, minggu terakhir untuk menghantar tugasan.walaupun sudah masuk minggu terakhir tapi masih ada lagi tugasan yang belum dibereskan..inilah bahananya membuat tugasan di saat akhir.mahu merungut tak boleh sebab salah diri sendiri.dan untuk minggu lepas juga, tugasan cerpen penulisan kreatif dah selamat dihantar.lega rasanya walaupun risau sama ada cerpen tersebut memenuhi kehendak pensyarah atau tidak.apa-apa pun diri ini tetap mengharapkan yang terbaik.optimis itu penting!


Friday, 16 December 2011

jalan-jalan cari makan

Genting kota keriangan..walaupun diri ini sibuk dengan tugasan, tapi masih lagi  berkesempatan untuk pergi berlibur bersama-sama teman yang lain..sambil jalan-jalan sambil itu juga mencari idea..melihat pelbagai karenah dan ragam manusia di tempat yang tidak pernah sunyi dikunjungi orang ramai..aku tercari-cari juga jika ada dikalangan manusia di situ yang mempunyai aroma seperti roti dibakar..ah,aku senyum sendirian..


hujan oh hujan

sejak kebelakangan ini, hujan sentiasa turun..langit yang cerah pada waktu pagi dan tengah hari akan bertukar gelap pada waktu petangnya.hujan lebat di luar turut memberi kesan pada 'mood' diri ini pada hari tersebut..terasa sifat malas menguasai diri namun tidak berpanjangan apabila melihat lambakan kerja yang belum disiapkan lagi.dengan berfikiran positif bahawa hujan itu rahmat dariNya, laptop dibuka dan jari jemari terus menari di papan kekunci sambil ditemani encik hujan di luar.


 

pengurusan emosi

menguruskan emosi bukan mudah tambahan pula kita berhadapan dengan 1000 macam gelagat dan karenah manusia di sekeliling kita.bercakap memang mudah berdasarkan teori yang diberi tetapi praktikalnya amat sukar sekali jika ianya bersangkut paut dengan emosi orang lain..peka dan sensitif pada persekitaran anda, itu kata kuncinya.emosi yang stabil akan membuatkan hidup anda lebih bahagia..^ ^